Sign In
  

Istilah-istilah latihan di dalam pengiraan dasar minimum 100 jam latihan

Istilah-istilah latihan di dalam pengiraan dasar minimum 100 jam latihan dalam setahun.

Istilah-istilah ini dihasratkan untuk dijadikan panduan bagi mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang termasuk di dalam pengiraan dasar minimum 100 jam latihan.
            
Semua tafsiran yang diberikan hanyalah untuk membantu setiap kementerian dan jabatan dalam mengenalpasti jenis-jenis latihan yang diperlukan oleh setiap pegawai dan kakitangan berpandukan Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan: 3.2003. Jumlah peserta yang dinyatakan dalam tafsiran hanyalah sebagai garispandu bagi pemilihan peserta.

Ia mungkin berubah mengikut keperluan semasa bagi kementerian dan jabatan.
           
1. Tempoh Latihan Minimum Pegawai Dan Kakitangan Kerajaan


Menurut Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan: 3/2003 Negara Brunei Darussalam, tempoh latihan yang dimaksudkan adalah tempoh latihan yang terancang bagi pegawai dan kakitangan kerajaan sama ada dalam Perkhidmatan Tetap, Sebulan Ke Sebulan ataupun dalam Open-Vote yang jumlahnya seboleh-bolehnya tidak kurang daripada 100 jam setahun.

2. Latihan 
Semua bentuk aktiviti dan program perkembangan latihan dan program perkembangan dan peningkatan (upgrading) sumber manusia sama ada dalam jabatan (inhouse), di agensi latihan atau pun luar negara.
           
3. Perhimpunan (Assembly) 
Latihan ini mengandungi jumlah peserta yang melebihi 100 orang dengan seorang atau lebih daripada seorang fasilitator (pemudahcara) atau penceramah bagi mengendalikan satu tajuk atau modul yang berkaitan dengan perkhidmatan awam atau fungsi agensi berkaitan.
      

4. Kolokium (Colloquium) 
Latihan ini melibatkan jumlah peserta yang sama seperti di para 3 (Perhimpunan) tetapi ia lebih menjurus kepada perbincangan akademik. 
           
5. Latihan Secara On Line (On Line Training)
Latihan ini memerlukan teknologi info komunikasi bagi membimbing mereka yang memerlukan latihan khusus dalam bidang-bidang tertentu seperti penulisan laporan, kumpulan kerja
cemerlang dan pengurusan asas dengan menggunakan teknologi maklumat dan computer secara "on-line". Latihan jenis ini tidak melibatkan perjumpaan bersemuka dengan fasilitator.
Jumlah peserta tertakluk kepada keter sediaan alat komputer peribadi dalam satu masa.
           

6. Bengkel
Secara lazimnya bengkel melibatkan lebih daripada 15 orang peserta di mana mereka akan diberikan ceramah dan latihan amal (praktikal). Latihan begini sekurang-kurangnya dilakukan dalam tempoh satu hari hingga lima hari.
          
7. Forum 
Di dalam jenis latihan ini, jumlah kehadiran peserta yang ramai diambil kira. Forum ini biasanya dipengerusikan oleh seorang yang mahir dalam bidang atau tajuk yang berkaitan.

Ahli-ahli forum juga dipilih dari mereka yang mahir di bidang masing-masing.
            

8. Kaunseling
Oleh kerana latihan ini memerlukan khidmat nasihat secara bersemuka, maka jumlah pesertanya perlu dihadkan kepada, paling maksimum, 10 orang. Kaunseling ini bukan bermakna peserta yang dipilih mempunyai masalah. Ia hanya sekadar untuk memberikan bimbingan kepada mereka yang kurang memahami isu atau perkara yang melibatkan kepentingan mereka atau jabatan.
            
9. Kovensyen
Konvensyen mempunyai persamaan dengan perhimpunan seperti di para 3 (Perhimpunan) tetapi ia lebih menumpukan kepada perbincangan untuk mencapai kesepakatan dalam menyelesaikan
masalah atau isu yang dihadapi oleh jabatan atau agensi.
           

10. Latihan Dalam Jabatan (In-House Training)

Jenis latihan ini tertumpu kepada peningkatan kemahiran, pengetahuan dan sikap peserta dalam melaksanakan tugas masing-masing. Biasanya ia dikendalikan oleh jabatan secara dalaman oleh seorang fasilitator sama ada secara ceramah, bengkel, kajian kes atau lain-lain metodologi latihan.
            

11. Muzakarah
Dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit di dalam jabatan, muzakarah sangat diperlukan. Sesi ini dianggotai oleh setiap pegawai dan kakitangan yang akan berkongsi maklumat, pengetahuan dan pengalaman bagi mencari formula terbaik untuk dilaksanakan oleh jabatan. Biasanya jumlah anggota dalam sesi muzakarah tidak melebihi 30 orang dengan seorang pengerusi.
            

12. Mesyuarat
Secara umumnya, mesyuarat bertujuan untuk berkongsi maklumat dan mencari idea terbaik bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit di dalam jabatan. Jumlah anggota biasanya tertakluk kepada saiz bilik atau dewan. Mesyuarat mesti dikawal oleh seorang pengerusi bagi memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat.
            

13. Penempatan 
Untuk memberi pengalaman dan pengetahuan yang bersesuaian kepada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat, penempatan sangat perlu sebagai pendedahan awal bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan lebih cekap dan berkesan. Penempatan biasanya diberikan di luar jabatan, khususnya jabatan-jabatan yang ada hubungkait dengan fungsi jabatan berkenaan. Walau bagaimanapun, penempatan boleh juga di dalam jabatan.
         

14. Latihan Oleh Pembekal
Latihan begini dikendalikan oleh firma atau syarikat yang membekalkan produk-produk,mesin-mesin, jentera-jentera atau peralatan bagi kegunaan operasi harian jabatan.Mereka yang terlibat hanyalah mereka yang bertanggungjawab dalam mengendalikan dan memelihara peralatan berkenaan.
            
15. SIMPOSIUM
Latihan ini merupakan satu perkumpulan yang mengambil masa di antara satu hingga dua hari untuk memperolehi pengetahuan dengan mendengar dan seterusnya membincangkan sumbangan
dan buah fikiran dari pihak-pihak yang tertentu dalam bidang masing-masing. Sesi ini memerlukan juga seorang pemudahcara untuk memudahkan perbincangan.
      

16. Taklimat
Menghadiri sesi taklimat biasanya dilakukan secara ceramah untuk memberi maklumat atau pengetahuan. Penceramah -penceramahnya tidak terhad kepada seorang, sementara
pesertanya mungkin melebihi 50 orang.
        

17. Percambahan Fikiran
Teknik ini digunakan untuk melibatkan pekerja atau kakitangan dalam mencari penyelesaian masalah dengan menggiatkan idea-idea secara cepat. Sesi ini digerakkan oleh satu kumpulan kecil pekerja dari berbagai-bagai latar belakang tugas dan menyumbangkan apa sahaja pendapat atau cadangan yang terbit dari minda mereka sama ada munasabah atau sebaliknya.Semasa sesi ini segala bentuk kritikan tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun penyumbang idea dibenarkan untuk menjelaskan cadangan mereka.
            
18. Teleconferencing

Latihan begini khusus dikendalikan melalui interaksi dengan menggunakan kaedah video.Penceramah berada di satu tempat yang menyediakan kemudahan-kemudahan secara langsung
yang dihubungkan melalui media elektronik. Di samping itu peserta-peserta yang terlibat akan mendengar dan melibatkan diri secara langsung melalui monitor skrin yang dipasang di sebuah bilik khas.
         

19. Halaqah Fikir
Sesi latihan ini diasaskan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam (SAW) dalam menyelesaikan isu-isu dan masalah yang melibatkan kepentingan ummah dan negara.

Sesi ini mempunyai persamaan asas dengan sesi percambahan fikiran yang diperkenalkan oleh cendekiawan barat. Perbezaan ketaranya hanyalah dari segi penyampaian ilmu sebelum sesi halaqah fikir.
            
20. Seminar 

Sebuah kursus pendek atau persidangan yang menggunakan kaedah penyertaan secara menyeluru dan menumpukan kepada satu kajian secara eksklusif mengenai satu bidang. Jumlah peserta
tidak terhad.
            
21. Persidangan 

Latihan ini mengandungi jumlah peserta yang melebihi 100 orang dengan seorang atau lebih daripada seorang fasilitator (pemudahcara) bagi mengendalikan beberapa tajuk atau modul yang berkaitan dengan hal ehwal semasa yang mempunyai hubungan langsung dengan perkhidmatan awam atau fungsi agensi berkaitan.
            
22. Sesi 
Sesi bermakna satu tempoh dalam latihan di mana tempoh masanya ditentukan oleh beberapa faktor teknikal (sebagai contoh: jenis subjek, jenis peserta dan skop penyertaan aktif) dan faktor pentadbiran latihan ( seperti contoh: tempoh waktu bekerja, waktu rehat dan jamuan). Satu sesi berkemungkinan mengambil masa dari 30 hingga 90 minit.
            
23. Kuliah
Kuliah merupakan satu kaedah latihan pendek dimana fasilitator atau penceramah akan menyampaikan satu tajuk secara lisan dan pandangan. Biasanya kaedah latihan ini digabungkan dengan beberapa kaedah latihan lain yang meliputi satu aspek khusus mengenai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan.
            

24. Latihan Semasa Bertugas (On The Job Training)

Latihan ini diberikan semasa melaksanakan tugas biasa. Ia boleh meliputi keseluruhan latihan atau digabungkan dengan latihan di luar tugas (Off the job training). Latihan ini tidak terhad tempoh waktunya. Kaedah-kaedah yang biasa digunakan ialah seperti bimbingan (coaching) dan kaunseling.
            
25. Latihan Di Luar Waktu Bertugas (Off The Job Training)
Latihan ini diberikan di luar daripada waktu bertugas biasa sama ada dalam bilik ceramah,lawatan sambil belajar, pembelajaran akademik dan seumpamanya. Dalam konteks ini latihan di luar waktu bertugas bermakna pegawai dan kakitangan berkenaan tidak berada di pejabat untuk menjalankan tugasnya. 
            
26. Bimbingan (Coaching)
Teknik latihan ini merupakan satu kaedah yang menumpukan kepada tugas dan peningkatan prestasi tugas. Ia adalah satu proses perhubungan di antara individu yang digunakan oleh pengurus untuk memberikan nasihat dan informasi atau untuk menetapkan satu set standard prestasi bagi kakitangan. Dalam proses ini pembimbing dan orang yang dibimbing berbincang mengenai prestasi kerja orang yang dibimbing dan menetapkan sasaran standard untuk dicapai. Pembinbing akan memberikan nasihat tentang bagaimana melaksanakan tugas dengan baik dan efisen.

27. Latihan Melalui Bantuan Komputer (Computer Aided Learning) 

Latihan ini melibatkan penggunaan komputer sebagai perantara pengajaran dan atau sebagai sumber pembelajaran dalam sistem latihan atau pendidikan. Kaedah ini menggunakan perisian komputer di dalam penyampaian bahan-bahan panduan latihan kepada peserta dengan berpandukan kepada maklum balas terhadap soalan-soalan terdahulu. 
           
28. Pembelajaran Jarak Jauh (Distance Learning) 

Pembelajaran jarak jauh merupakan sebarang bentuk pembelajaran di mana fasilitator dan peserta tidak berada di satu tempat yang sama. Ini meliputi pembelajaran secara persuratan, konsep universiti terbuka, secara video, radio, televisyen atau "on- line".
           
29. Modul
Modul merupakan satu unit kecil dalam sesi latihan. Ia biasanya dilakukan sebagai satu bahan sokongan dalam latihan keseluruhannya.

30. Pembelajaran
Satu proses dimana individu memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap melalui pengelaman,renungan,kajian dan tunjuk ajar.
   

RPD
  
Yes, all IPA trainings is open for private sector to join at flat rate of BND$200.00




LMC
  

You may download in-house training request form via Download link or click here for the form and send in to:

 

Director
Institut Perkhidmatan Awam
Simpang 256-24
Jalan Kampong Rimba
Gadong BE3119
Negara Brunei Darussalam    

LMC
  

Any offer from IPA would be channeled to HR unit/section in respective department. If you are not nominated for any courses, please refer to your HR unit/section for clarification.

LMC
  

Please contact Corporate Affairs Division (cad@ipa.gov.bn) or  Dk Afzan Binti Pg Md Noor (afzan.noor@ipa.gov.bn)  . For details of facilities, please click Facility.

OCA
  

Yes, the library is open for members of the public, private or any individual. Whereas, borrowing is for Brunei Government civil servants only.



OCA
  

Pendekatan Open Door Policyadalah salah satu cara IPA menawarkan program-program yang dikendalikan oleh IPA kepada pelanggannya yang luar dari warga Perkhidmatan Awam seperti pegawai / kakitangan kerajaan yang berkontrak, i-Ready, sektor swasta dan juga warga beruniform. 

Pendekatan ini merupakan salah satu usaha dan dokongan IPA ke atas kaedah pencapaian Dasar Tempoh Latihan Minima 100 Jam Latihan (Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri 3/2003) dan konsep Life Long Learning.

Walau bagaimanapun, keutamaan dalam penerimaan calon peserta akan diberikan kepada warga Perkhidmatan Awam yang berjawatan tetap.

Pendekatan Open Door Policyini juga didokong oleh pihak IPA melalui pelaksanaan program-program pembangunan kapasiti secara kolaborasi yang tidak terhad kepada agensi-agensi Kerajaan sahaja bahkan kepada agensi-agensi bukan Kerajaan atau swasta


AEC
  

Berdasarkan 'Open-Door Policy' IPA, IPA menerima semua permohonan termasuk daripada kalangan beruniform. Selain ikut serta dalam program pembelajaran IPA yang ditawarkan, permohonan dari kalangan ini juga menjurus kepada micro-learning (in-house training) dan pengkhususan misalnya kepimpinan, Train-of-Trainers, dsb.nya. 

LMC
  

IPA akan menimbangkan permohonan berdasarkan syarat-syarat berikut:

  1. Tenaga kerja i-Ready boleh menghadiri mana-mana program yang dinilai bersesuaian oleh agensi pemohon (pihak Kerajaan), jika terdapat kekosongan slot program berkenaan.
  2. Tenaga kerja i-Ready boleh menghadiri mana-mana program yang dinilai bersesuaian oleh agensi pemohon (pihak swasta), jika terdapat kekosongan slot program berkenaan, dengan dikenakan bayaran [$100/seorang/sehari].
  3. Pemohon (pihak Kerajaan) boleh menyesuaikan program mengikut keperluan tenaga kerja i-Ready untuk dijalankan oleh IPA (secara in-house dengan penglibatan minima 20 orang).


LMC
  
  1. IPA mengekalkan keutamaan pencalonan melalui sistem i-Learn sepertimana yang telah ditetapkan dalam Surat Pemberitahuan Institut Perkhidmatan Awam bilangan IPA IPA/PENT/214 Pt 4 bertarikh 06 Mac 2010.
  2. Walaubagaimanapun, permohonan bagi Program Pembelajaran dan Pembangunan yang berbentuk In-House Training (IHT) lazimnya menggunakan borang permohonan khusus dan setakat ini, tidak memerlukan pendaftaran melalui Sistem i-Learn (tertakluk kepada perubahan sebarang dasar)


LMC
  

​Selain menghubungi HRDAs melalui emel, pihak IPA juga akan menghubungi Kementerian dan Jabatan berkenaan melalui persuratan, emel dan telefon serta turut menghubungi individu yang dicalonkan jika tidak menerima maklumbalas.

LMC
  
  1. Pemilihan / penapisan calon adalah mengikut pra-syarat yang ditentukan dalam program-program Pembelajaran dan Pembangunan yang ditawarkan – ciri utama mengikut tanggagaji serta skop bidang tugas [jika Training Coordinator memasukkan maklumat berkenaan dalam sistem i-Learn – bagi memudahkan pemilihan (right participants attending for the right course.]
  2. Seterusnya pembahagian kuota kepada kementerian / jabatan untuk memastikan komposisi peserta melibatkan lebih banyak  jabatan / kementerian yang berlainan akan tetapi ianya tertakluk kepada isi kandungan program jika tidak melibatkan secara team-based.
  3. Kaedah pencalonan juga mengambil kira "first come first serve". 
  4. Selain itu, mereka yang dicalonkan berulang kali tetapi belum berpeluang menghadiri kursus (waiting list) akan diberikan keutamaan. 
  5. Rayuan melalui persuratan, emel atau panggilan telefon boleh diterima dan akan dipertimbangkan (tertakluk kepada kesesuaian dan kekosongan).


LMC
  

Program Pembelajaran dan Pembangunan bagi Divisyen IV dan V dijadikan dalam modul program skim. Selain itu, program bersesuaian mengikut keperluan dibukakan bagi permohonan micro-learning (in-house) dari setiap Kementerian / Jabatan.

LMC
  
  1. Program Pembangunan Pegawai-Pegawai HRDAs boleh disesuaikan (customise) mengikut keperluan umum atau semasa. Sebagai contoh sesi HROD Roundtable, World Café dan Teh Tarik.
  2. Pembangunan kapasiti HRDAs tidak terhad kepada 'formal training' ('classroom lecture') malahan berasaskan kepada Model Pembelajaran 70:20:10 yang menekankan sebahagian besar pembelajaran berlaku semasa di pejabat termasuk on-the-job training/experiences, coaching dan mentoring.
  3. Program-Program Pensijilan Pembangunan Kapasiti bagi HRDAs adalah masih dalam perancangan IPA sebagai HR Professional.


LMC
  

Kadar bayaran yang dikenakan bagi para peserta daripada sektor swasta adalah $100 seorang/sehari yang merangkumi kos menghadiri kursus dan jamuan. 

Bagi penyertaan awam, pendekatan IPA lebih menumpukan kepada pembangunan sumber manusia warga perkhidmatan awam, maka setakat ini, IPA belum dapat membukakan penyertaan kepada orang awam untuk mengikuti program IPA.


LMC
  

Kadar bayaran adalah $100.00 seorang / sehari (flat rate).

OCA
  

​Program tahunan IPA dikendalikan secara sepenuh masa. Walaubagaimanapun, sebahagian program yang berjangka masa panjang akan melibatkan pelaksanaan secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh, Program yang dikendalikan secara berfasa melebihi satu bulan dan melibatkan proses penilaian sepanjang program dijalankan.

Namun program In-house Trainingyang dipohonkan oleh Kementerian dan Jabatan boleh disesuaikan mengikut tempoh yang dipersetujui dan ketersediaan kedua-dua belah pihak.

LMC
  

Skop dan fokus IPA adalah pembangunan kapasiti & kompetensi khasnya bagi warga perkhidmatan awam (termasuk guru- guru) di peringkat Bahagian I - III dan juga dibukakan kepada sektor swasta yang dikenakan $100.oo hari / seorang.  Setiap kursus yang dihadiri akan diberikan sijil penyertaan.  

Maka, ceramah untuk penuntut-penuntut sekolah seperti taklimat motivasi, dicadangkan untuk dikendalikan oleh guru-guru yang telah dilantik dan dikenalpasti selaku kaunselor oleh Jabatan Kaunseling.


LMC
  

Sebarang isu berkenaan HRDA dan isu berkaitan dengannya, boleh dirujuk melalui laman sesawang rasmi IPA www.ipa.gov.bnatau menghubungi terus :

Dayangku Afzan binti Pengiran Md Noor

Penyelia Kursus | Course Supervisor

Kluster Pengurusan Pembelajaran | Learning Management Cluster

Tel | 2452223 ext 419 atau emel: afzan.noor@ipa.gov.bn

atau

 

Dayang Nuryannie Amni binti Mohd Danan

Kerani | Clerk

Kluster Pengurusan Pembelajaran | Learning Management Cluster

Tel| 2452223 ext 423 atau emel| nuryannie.danan@ipa.gov.bn


LMC
  

Pihak IPA menerima permohonan yang melibatkan kursus yang dijalankan IPA sejak 2008 dan akan mengeluarkan surat pengesahan kehadiran peserta jika maklumat kehadiran peserta ada dalam rekod IPA. 

Walaubagaimanapun IPA merancang untuk mengenakan bayaran minima bagi perkhidmatan pencetakan semula sijil jika kehadiran peserta dalam program IPA dapat dibuktikan.

Adalah disarankan untuk peserta yang berhajat mendapatkan sijil cetak baru, bagi menjalani refresher's course jika kursus yang pernah dihadiri sudah melebihi 10 tahun.


LMC
  

Sebarang peminjaman fasiliti dan perkhidmatan IPA boleh dipohonkan secara on-line bookingmelalui laman sesawang rasmi IPA www.ipa.gov.bnatau menghubungi terus :

Mohd Indera Shazman Bin Haji Selamat

Juruteknik | Technician

Pejabat Hal-Ehwal Korporat | Office of Corporate Affairs (OCA)

Tel| 2452223 ext 498 atau emel: shazman.selamat@ipa.gov.bn

atau

Awangku Amarulzuludin bin Pengiran Kamaluddin

Juruteknik | Technician

Pejabat Hal-Ehwal Korporat | Office of Corporate Affairs (OCA)

Tel| 2452223 ext 498 atau emel| amarul.kamaluddin@ipa.gov.bn

atau

Dayang Izzah Hazira binti Mamit/Abdul Hamid

Kerani | Clerk

Pejabat Hal-Ehwal Korporat | Office of Corporate Affairs (OCA)

Tel: 2452223 ext 495 atau emel|email: hazirah.hamid@ipa.gov.bn


OCA
Question 
Answer 
Category