Sign In
  

HPIPA.JPG

HPIPA2.JPG 

HPIPA3.JPG 

IMG_9930.JPG

HPIPA4.JPG

IMG_9950.JPG

HPIPA5.JPG




25 Mac 2024, Dewan An-Najah, Institut Perkhidmatan Awam, Rimba Gadong - Hari Pelanggan Institut Perkhidmatan Awam (HPIPA) bagi Tahun 2024 diadakan pada 25 - 26 Mac 2024 bertempat di Institut Perkhidmatan Awam (IPA). HPIPA 2024 telah dirasmikan oleh Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin, Setiausaha Tetap Urustadbir Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri selaku Tetamu Kehormat dengan pelancaran Video Korporat dan Program Direktori Pembelajaran dan Pembangunan IPA bagi April 2024 - Mac 2025.​

Kehadiran semasa Majlis Perasmian HPIPA 2024 melebihi 150 orang terdiri dari pegawai-pegawai Kerajaan, GLC dan swasta yang dijemput khas.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis Yang Mulia Dr Hjh Noor Maya Binti Hj Md. Salleh, Pengarah Institut Perkhidmatan Awam. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah, Pegawai Pegawai Kanan, Komiti Penghubung Berkepentingan (SLC) dan Duta Pembangunan Sumber Tenaga (HRDA) Kementerian dan Jabatan serta syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan juga swasta selaku jemputan khas.

Objektif HPIPA ialah untuk
- memberigakan program dan perkhidmatan IPA 
- meningkatkan pengetahuan mengenai etika kerja, pembangunan kapabiliti, integriti, kesejahteraan, keselamatan siber dan kemahiran asas di dalam IT bagi memastikan perkhidmatan awam dilengkapi dengan kemahiran dan kompetensi diperlukan menuju ke arah kecemerlangan organisasi dan penyampaian perkhidmatan 
- memperkukuh rangkaian kerja bersama Kementerian / Jabatan, swasta dan GLCs.​​

Antara aktiviti-aktiviti yang diselitkan semasa HPIPA 2024 termasuk penyampaian khas mengenai Artificial Intelligence in the Public Sector daripada pihak Universiti Teknologi Brunei, Ramadhan Talk Series dan pameran melibatkan beberapa Jabatan Kerajaan, swasta dan GLC.

​Sekurang-kurangnya sebanyak 90 buah program akan ditawarkan termasuk planner yang berasaskan kompetensi di samping program-program signature dan flagship, membariskan program-program Kepimpinan, Urustadbir, ICT, Inovasi, Komunikasi, Pengurusan, Sumber Manusia dan Perkhidmatan Pelanggan telah disediakan. 31% daripadanya adalah program berupa Inovasi dan ICT. Penyertaan program-program dibukakan kepada seluruh warga Perkhidmatan Awam, swasta dan GLC.


4/3/2024 10:08 AM
  

 


Institut Perkhidmatan Awam sedang menjalankan program-program Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) iaitu Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) Kohot Ke-30, Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Kohot Ke-34 dan Program Eksekutif Muda (YEP) Kohot Ke-8, yang diikuti oleh seramai 84 orang pegawai dari Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan. Salah satu modul bagi program ini ialah Sesi Dialog Eksekutif bersama Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.


Sesi dialog membincangkan tajuk Economic Blueprint For Brunei Darussalam – Economic Growth and Diversification Through Technology and Innovation, yang antara lain:

- mengongsikan mengenai status ekonomi Negara Brunei Darussalam dan juga hala tuju ke arah memajukan

ekonomi negara bagi mencapai Matlamat 3 Wawasan Brunei 2035

- menyentuh kedudukan negara secara global dari aspek inovasi dan ekonomi serta cabaran-cabaran yang dihadapi ekonomi Brunei

- mengongsikan kaedah kerajaan dalam menangani cabaran-cabaran sejak beberapa tahun lalu sehingga kini berdasarkan Economic Blueprint melalui Pelan Strategik Kementerian-kementerian dengan Roadmap dan Pelan Induk


Turut hadir di sesi berkenaan ialah Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta pegawai-pegawai daripada kedua Kementerian.


Sesi dialog interaktif tersebut telah mampu memberikan comprehensive insights dan dapat menyuntik semangat peserta untuk terus sama-sama mendokong dan merealisasikan Economic Blueprint Brunei Darussalam.

10/10/2023 4:29 PM
  


outreach-program2023-1.pngoutreach-program2023-2.pngoutreach-program2023.png

Institut Perkhidmatan Awam telah mengadakan Outreach Program | Program Pembelajaran Luar Daerah yang bertempat di Daerah Kuala Belait selama dua hari iaitu pada 24 - 25 Januari 2023.

Di akhir kursus ini, peserta-peserta akan dapat:

• meningkatkan kesedaran akan kepentingan berakhlak mulia dan etika kerja positif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian

• meningkatkan daya tahan perkhidmatan awam dalam menerapkan ciri-ciri RAEK untuk mencapai pemberian perkhidmatan yang cemerlang

• meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kemahiran berkomunikasi dan interpersonal yang baik untuk kemajuan organisasi

• meningkatkan kemahiran mengawal dan mengatasi tekanan di tempat kerja

• mengaplikasikan teknik dan kaedah berfikir kreatif dan inovatif untuk menjana idea dalam menyelesaikan masalah dalam tugasan​


2/1/2023 10:49 PM
  


Institut Perkhidmatan Awam (IPA) telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama warga IPA pada 21 Januari 2023 di Dewan Ittisal, Institut Perkhidmatan Awam.

1/25/2023 8:23 AM
  


Institut Perkhidmatan Awam (IPA) telah mengadakan lawatan kerja Pustaka ke Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 16 Januari 2023 diikuti lawatan ke Perpustakaan Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Perpustakaan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada 17 Januari 2023.

1/25/2023 8:12 AM
  

Majlis tersebut yang terdiri daripada 20 orang pegawai dan kakitangan serta sesi perkongsian kursus Fire Marshal bersama warga IPA diadakan pada 24 Disember 2022 di Dewan Ittisal, Institut Perkhidmatan Awam.​

IMG_0557.jpg



1/5/2023 4:27 PM
  

IPA conducted ACCSM Workshop on Public Service Delivery Reform Through Cross-Agency Coordination which was attended by 30 participants from all ASEAN countries on 29-30 November 2022. Few observers from ASEAN Secretariat and Timor-Leste were also in attendance.


The workshop's objectives are:
• To share best practices in public service delivery and on how to encourage cross-agencies’ collaboration, coordination and information-sharing.
• To learn on how to improve the quality and efficiency of delivery of public services that involves cross-agency coordination through policy, system and measures.

​The online workshop was facilitated by several government agencies from Wawasan Brunei 2035 Secretariat, Ministry of Culture, Youth and Sports, Ministry of Health, Ministry of Transportation and Infocommunications and Institut Perkhidmatan Awam.
ACCSM-nov2022-A.PNGACCSM-nov2022-B.PNG


12/5/2022 12:29 PM
  

Institut Perkhidmatan Awam (IPA) telah menerima kunjungan daripada pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM), Malaysia pada 28 November 2022 bertempat di IPA. Kunjungan bertujuan untuk meneroka kerjasama di antara IPA dan UiTM dan sebagai langkah menjayakan strategi kolaborasi dengan rakan serantau dan antarabangsa di dalam pembangunan sumber manusia.


Perbincangan diketuai oleh Dr Hjh Noor Maya Hj Md Salleh, Pengarah IPA dan Professor Dr. Azizul Halim Yahya, CEO Institute of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS) dari UiTM.
IMG_9448-Final.jpgIMG_IPA-Final.jpg


12/5/2022 12:23 PM
  
IPA has conducted a 12-day in-house workshop for all IPA personnel on 1-12 November 2022 at IPA.

Objectives SE:

1. To rebrand Institut Perkhidmatan Awam as the Centre of Excellence (CoE) by identifying the DNA of Institut Perkhidmatan Awam and develop the desired core values including the leadership and talent pool for its programs.

2. To come up with a 5-Year Strategic Action Plan towards making IPA as the CoE through the provision of quality service delivery including a robust supporting system to deliver impactful talent development programs.


316523502_445437484408192_7596927296771342633_n.jpg316551098_445437454408195_1067937065017122931_n.jpg316551098_445437454408195_1067937065017122931_n.jpg

12/5/2022 11:51 AM
  

​​Dayang Hajah Siti Rozidah binti Jalani, Pegawai Latihan Kanan, IPA telah mendapat pengiktirafan kebangsaan dengan penganugerahan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) bagi Bahagian II semasa Majlis Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-29, Tahun 2022.  Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Menteri yang berlangsung di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri pada 19 November 2022.

Tahniah diucapkan daripada semua warga IPA, semoga terus maju jaya.

316005395_444013481217259_830466301122609235_n.png316036074_444013471217260_8612752399772356625_n.png


11/26/2022 2:19 PM
  

​Kursus Perkhidmatan Pelanggan Yang Berkualiti - Frontliners yang dikendalikan pada 11hb Oktober sehingga 13hb Oktober 2022, selama 3 hari di Institut Perkhidmatan Awam (IPA).


315290623_437512728534001_2982328243467314214_n.jpg315081599_437512721867335_4712052447891154579_n.jpg315149786_437512718534002_8758626709656785346_n.jpg

11/26/2022 2:06 PM
  

​Kursus Kerja Berpasukan yang dikendalikan pada 10hb Oktober sehingga 12hb Oktober 2022.


315128323_437512498534024_6726536132673204198_n.jpg 

315186996_437512505200690_1930003177119058966_n.jpg

11/26/2022 2:02 PM
  

​Kursus Pembantu Pejabat yang dikendalikan pada 05hb Oktober sehingga 06hb Oktober 2022, selama 2 hari di Institut Perkhidmatan Awam (IPA).

313071825_428926562725951_2211413237046244598_n.jpg

312835073_428926576059283_9047974595439584132_n.jpg

11/26/2022 1:59 PM
  

​Kursus Komunikasi Berkesan yang dikendalikan pada 03hb Oktober sehingga 06hb Oktober 2022, selama 4 hari di Institut Perkhidmatan Awam (IPA).

312008034_428926402725967_855044057590045114_n.jpg

312339327_428926396059301_4439525842649159251_n.jpg



11/26/2022 1:55 PM
  

​Kursus Preparing Report and Working Paper Made Easy yang dikendalikan pada 03hb Oktober sehingga 06hb Oktober 2022, selama 4 hari di Institut Perkhidmatan Awam (IPA).


312174445_420939456857995_4142799920182476169_n.jpg

312204847_420939463524661_8448561940205184191_n (1).jpg


11/26/2022 1:51 PM
  
Kursus Komunikasi Berkesan yang dikendalikan pada 27hb September sehingga 29hb September 2022, selama 3 hari di Institut Perkhidmatan Awam (IPA).​


311023386_415402200745054_8318177090632832324_n.jpg

311191845_415402210745053_1931784834457970555_n.jpg

11/26/2022 1:35 PM
  
Kursus Rukun Akhlak dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam yang dikendalikan pada 03hb Oktober sehingga 05hb Oktober 2022, selama 3 hari di Institut Perkhidmatan Awam (IPA).

311045983_415402684078339_1579658097521198436_n.jpg


311172165_415402690745005_5234747176782152709_n.jpg

11/26/2022 1:39 PM
  

Kursus Penyampaian Berkesan yang dikendalikan pada 03hb Oktober sehingga 06hb Oktober 2022, selama 4 hari di Institut Perkhidmatan Awam (IPA).

310323455_420939276858013_6565751917014829358_n.jpg312202506_420939280191346_599806791987765010_n.jpg

11/26/2022 1:44 PM
  


Brunei-Malaysia-Singapore Leadership Development Program (LDP)

Brunei-Malaysia-Singapore Leadership Development Program (LDP) telah dirasmikan pembukaannya pada Isnin 5 September 2022. LDP merupakan anjuran bersama antara Institut Perkhidmatan Awam (IPA), National Institute of Public Administration (INTAN) Malaysia dan Civil Service College (CSC) Singapura. Tema LDP kali ke-13 ini ialah “Resilience in a Changing World”. Seramai 29 peserta daripada pelbagai Kementerian telah terpilih bagi mengikuti LDP ke-13 yang diadakan selama lima hari secara atas talian pada 5 – 9 September 2022.

WhatsApp Image 2022-09-06 at 2.30.18 PM.jpegWhatsApp Image 2022-09-06 at 2.30.19 PM.jpegWhatsApp Image 2022-09-06 at 2.30.17 PM.jpegWhatsApp Image 2022-09-06 at 2.30.18 PM (1).jpegWhatsApp Image 2022-09-06 at 2.30.18 PM (2).jpegWhatsApp Image 2022-09-06 at 2.30.19 PM (2).jpegWhatsApp Image 2022-09-06 at 2.30.19 PM (1).jpeg


9/22/2022 4:09 PM
  

Taklimat Audit Sumber Tenaga Manusia yang diadakan pada 25 Ogos 2022 di Institut Perkhidmatan Awam.


Objektif taklimat tersebut adalah untuk;

1. memberikan kefahaman kepada warga IPA mengenai dengan kepentingan Pengauditan Tenaga Manusia bagi mencapai hasrat dan misi IPA

2. mengenalpasti jumlah tenaga manusia yang optimal bagi IPA mencapai misi dan fungsinya.

IMG_6891.jpgIMG_6899.jpgIMG_6906.jpg



9/22/2022 4:02 PM
  

Pengarah IPA telah menerima kunjungan hormat daripada Mr Roger Tan, Assistant CEO (International), Civil Service College (CSC), Republik Singapura pada Isnin 29 Ogos 2022 bertempat di Institut Perkhidmatan Awam. 


Antara tujuan utama perjumpaan ialah untuk merapatkan jalinan rangkaian kerja dan meneroka kolaborasi masa hadapan. Jalinan kerjasama antara IPA dan CSC dikukuhkan melalui anjuran beberapa program yang sedia ada, di peringkat dua hala, tiga hala dan juga serantau iaitu Brunei-Singapore 2nd Echelon Civil Service Exchange Program (CSEP), Brunei-Singapore-Malaysia Leadership Development Program (Trilateral LDP), ASEAN Network of Public Service Training Institutes (PSTI) dan ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM).
CSV-29August2022.jpegCSV-29August2022-1.jpegCSV-29August2022-2.jpeg



9/22/2022 3:59 PM
  

​ASEAN Network of Public Service Training Institutes (PSTI) Program on Rebuild the New Culture in the Workplace after the Pandemic dikendalikan oleh OCSC Thailand pada 9-10 Ogos 2022 secara atas talian, merupakan antara aktiviti yang dianjurkan selaku negara Tuan Rumah "ASEAN PSTI Network".

Program membincangkan mengenai "Cultivation of Hybrid Way of Working, How to Build the Growth Mindset for Employees and Future Collaboration based on HRD Guidelines among PSTIs".

Brunei Darussalam diwakili oleh enam pegawai kanan dan pegawai daripada Institut Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

1 (2).jpg2.jpg


9/22/2022 3:56 PM
  

Mesyuarat Ketua-ketua Perkhidmatan Awam (HCS) ACCSM kali ke-21 dan ACCSM+3 kali ke-6 serta mesyuarat-mesyuarat pegawai kanan (SOM dan SOM+3) telah diadakan pada 3-5 Ogos 2022 di Hanoi, Vietnam.


Delegasi ACCSM Brunei Darussalam, yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin, Timbalan Setiausaha Tetap (Wawasan, Kewangan dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri, terdiri dari pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Perdana Menteri.

Acara Kemuncak Mesyuarat ialah Pengambilalihan Kepengerusian ACCSM dan ACCSM+3 daripada Vietnam kepada Brunei Darussalam.

Brunei Darussalam secara rasmi menjadi Pengerusi ACCSM kali ke-22 dan ACCSM+3 kali ke-7 bagi tempoh 2023-2024.
Mesyuarat Ketua-ketua Perkhidmatan Awam (HCS) ACCSM kali ke-21 dan ACCSM+3 kali ke-6.jpegWhatsApp Image 2022-08-16 at 7.54.51 AM.jpegWhatsApp Image 2022-08-16 at 7.55.34 AM (1).jpegWhatsApp Image 2022-08-16 at 7.55.35 AM (1).jpeg


9/22/2022 3:53 PM
  

Pengarah Institut Perkhidmatan Awam bersama beberapa pegawai telah mengadakan lawatan kerja semasa Minggu Tenaga, Brunei MYCE 2022 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa pada hari Sabtu, 18 Jun 2022.

Pihak IPA telah berkesempatan mendengarkan satu taklimat mengenai Human Resource Competency Framework yang disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Hazman bin Haji Junit, Penolong Ketua Bahagian Tenaga Manusia, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri.

289086608_286529976962058_4563293177104299464_n.jpg

289333221_1345119395996869_2197727095041096825_n.jpg

6/26/2022 6:30 PM
  

Segmen Wawancara Rampai Pagi mengenai Pengalaman Kerja Memantapkan Perkhidmatan, disampaikan oleh Mohd Norazlin bin Dato Paduka Haji Kassim, Pegawai Latihan Kanan Institut Perkhidmatan Awam. berlangsung pada Hari Jumaat, 10 Jun 2022.

 



6/26/2022 6:05 PM
  

IPA telah berkolaborasi bersama BILIF untuk mengadakan HR Symposium bertemakan "Unleashing Potential, Transforming the Future" pada 24 Mei 2022 secara atas talian.


Program yang dihadiri oleh kalangan warga perkhidmatan awam dan bukan Kerajaan menampilkan penceramah pakar dalam dan luar negara. Program antara lain disemarakkan dengan "Fireside Chat" mengetengahkan barisan penyampai termasuk pegawai IPA Yang Mulia Mohd Norazlin dan juga perbincangan panel mengenai "Leveraging Multigenerational Workforce" yang dimudahcara oleh pegawai IPA Yang Mulia Haji Mohd Saiful Hazmy. Program diakhiri dengan ucapan penutup program daripada Pengarah IPA Yang Mulia Dr Hjh Noor Maya.
284471478_166217672524407_4266525282701834693_n.jpg284678011_752454602589141_5662158947890158039_n.jpg284468487_557393289123801_6741383751789698691_n.jpg284032034_547770763455040_6729264499229203651_n.jpg284878313_1367182250374360_5215819569435100966_n.jpg


6/26/2022 5:56 PM
  

283504830_707487200358518_8778585488620793685_n.jpg284290709_534335978164075_7983733966271392978_n.jpg283872993_169796862095412_1236690687793293750_n.jpg

Director of IPA Dr Hjh Noor Maya was invited as one of the Work Culture Forum speakers during the INITIATE Human Capital Summit 2022 (INITIATE 2.0) with the theme "Building Resilient Work Culture" held on 19 May 2022 at An-Naura Hall 1, Yayasan SHHB Complex.

6/26/2022 5:51 PM
  

e-Ramadan Talk Series.png

Sempena Ramadhan 1443H, Institut Perkhidmatan Awam akan menganjurkan e-Ramadhan Talk Series melalui Zoom seperti keterangan berikut:

Pada | Khamis 12 Ramadan 1443 / 14 April 2022

Jam | 8.30 pagi

Tajuk Webinar | Al-Quran Ibrah Sepanjang Hayat

Tajuk Break Out Sessions |
1. Al-Quran Pemantapan Sahsiah Perkhidmatan Awam
2. Kehebatan Al-Fatihah : Raih Berkatnya, Kejar Pahalanya
3. Cemerlang di Dunia, Cemerlang di Akhirat

Sebarang penyertaan bolehlah menghubungi HRD Ambassador / Penyelaras Latihan Kementerian dan Jabatan masing-masing.

6/20/2022 12:01 PM
  

Capture_WAWANCARA MAC.PNGSegmen Wawancara Rampai Pagi mengenai 1st Impression @ Adil kepada Pelanggan akan disampaikan oleh Pg Haji Mohd Ali Noor bin Pg Haji Ismail, Pegawai Latihan Institut Perkhidmatan Awam. Wawancara tersebut akan berlangsung hari Jumaat, 11 Mac 2022. Pada pukul 8.40 pagi.

6/20/2022 11:58 AM
  


Acara Penanaman Anak-Anak Pokok di IPA yang disempurnakan pada 12 Februari 2022 dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan IPA. Sebanyak 10 anak-anak pokok telah berjaya ditanam pada acara berkenaan dan dirasmikan oleh Yang Mulia Hj Yusma Ariffin Dato Hj Md Yusof, Penolong Pengarah Bahagian Pejabat Hal-Ehwal Korporat IPA.

Acara berkenaan adalah sempena menyahut insiatif "Protokol Hijau: Kempen 26,000 Pokok” dimana kempen tersebut adalah merupakan salah satu inisiatif pelaksanaan Protokol Hijau yang melibatkan sokongan tiap-tiap kementerian dengan penanaman sebanyak 2,000 anak pokok di sepanjang tahun ini.

6/20/2022 11:43 AM
Title 
Image 
Body 
Created 
1 - 30Next